REZEKI
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEho0rqS5EU9srmW3011ApEuhGwSTtGkQU15heDThZIq6Gw-Ok2bqJnF87_4imv3jVX1GmWj-gkLCBWpcgOo-gQf_pz73JRqW7pmW4f5yag29dBfqXMpzZWqlXoxDZ6CeSF1rr_yzsB6M0U/s1600/1637889982456916-0.png)
7 TANDA REZEKI DIBERKATI ALLAH SWT . 1. Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada. Dan kadang-kadang tu kita rasa macam lebih dari cukup. Ini adalah salah satu petandanya sebab orang yang dapat rezeki tanpa keberkatan akan rasa sentiasa dalam kekurangan dan tidak puas dengan apa yang dia ada. Contohnya bila dapat duit, duit tu rasa sekejap saja habis. tapi kalau duit tu ada keberkatan, boleh cukup belanja sebulan dan boleh sampai tahap cukup buat simpanan. . 2. Bila perilaku atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia, ia boleh dikatakan yang rezeki keluarga itu ada keberkatan. Punca permasalahan dalam keluarga kadang-kadang boleh dilihat kembali pada akarnya, iaitu punca mendapatkan nafkah keluarga. Bila bercampur harta halal dan haram seperti rasuah maka wang tersebut sentiasa rasa tak cukup. . 3. Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat dan juga melakukan amal ibadah yang lain, maka boleh lah dikata kan yang rezeki yang kita peroleh itu...